kalau anda merancang untuk travel, apa cara yang anda pilih untuk travel? Ada yang suka travel secara “bacakpacking”, ada yang suka design sendiri dan ada juga yang terus cari pakej travel.

Anda yang mana?

Dalam posting ni, kami kongsikan kelebihan dan perbezaan antara travel dengan group atau travel D.I.Y.

1. Join pakej Travel Agency

Untuk yang tak biasa dengan travel sendiri, join pakej travel agency adalah pilihan yang terbaik sebab mereka mempunyai team yang sangat berpengalaman dalam industri.

Antara perkara yang kita perlu ambil berat seperti flight, penginapan, makanan dan pengangkutan. Agensi perlancongan kebiasaannya akan beri anda servis yang terbaik untuk mereka bersaing dalam industri.

Dari segi pemilihan syarikat penerbangan, bagi yang tak biasa dengan travel anda akan berasa sedikit sukar untuk memilih penerbangan apa yang murah, selesa dan servis yang baik. Kebiasaan syarikat perlancongan akan memilih penerbangan yang kena dengan selera rakyat malaysia terutamanya yang beragama islam. Sebab mereka akan menitikberatkan halal/haram terutamanya pemakanan.

Untuk penginapan pula, sewaktu travel anda akan banyak berjalan. Nama pun travel kan? huhu…so sangat penting untuk anda dapatkan tempat penginapan yang selesa. Agensi-agensi perlancongan biasanya dah dapatkan hotel-hotel bertaraf 3,4 bintang untuk anda.

Kelebihan sertai group travel:

  1. Mudah untuk buat tempahan. Anda tak perlu bersusah-payah mengatur jadual perjalanan kerana semuanya telah disiapkan oleh pihak travel.
  2. Kadang-kadang lebih murah. Bagi yang kurang berpengalaman dalam melancong, boleh jadi keseluruhan perbelanjaan anda akan jadi lebih mahal daripada pakej agensi perlancongan.
  3. Agensi pelancongan lebih arif mengawal situasi. Apabila sesuatu dilaur jangkaan di tempat orang, kebiasaannya agensi pelancongan akan lebih tahu bagaimana nak mengawal situasi seperti passport hilang, kes jenayah disana dan macam-macam lagi.
  4. Dapat ilmu pengatahuan daripada tour guide. kebiasaan tour guide memiliki pengetahuan lebih tentang sesuatu tempat sama ada dari segi sejarah atau latar belakang tempat itu. Sesuatu tempat akan jadi lebih menarik untuk dilawati bila kita ada pengetahuan.
  5. Dapat kawan baru. Selain melancong, sertai group juga akan bantu anda untuk kenal lebih ramai orang.

2. Travel D.I.Y.

Bagi yang dah biasa travel. travel secara D.I.Y memang akan menjadi pilihan. mereka bebas unutk memilih tempat-tempat yang mereka nak lawati dan berapa lama mereke berada di sana. Tapi, bagi yang tak biasa sangat tidak disarankan kerana pelbagai faktor. Antara faktor yang perlu diambil berat adalah pemahaman budaya di tempat orang. Ada perkara yang boleh dan ada yang tak bolehnya disana. Bila anda travel dengan group kebiasaannya tour guide anda akan maklumkan semua perkara sebelum sampai ke sesuatu destinasi.

Kelebihan travel secara D.I.Y:

  1. Bebas membuat itinerari sendiri. kalau anda ada tempat yang spesifik untuk dilawati dan tiada didalam itinerari agensi pelancongan, travel secara D.I.Y adalah pilihan terbaik.
  2. Masa ikut kehendak sendiri. Anda tidak terikat dengan masa yang diberikan di sesuatu tempat.
  3. Plan mengikut minat sendiri. Untuk travel, anda perlu tahu apa tujuan travel anda. Denagntravel secara D.I.Y anda boleh merangka perjalanan mengikutkehendak dan minat sendiri.

Kesimpulannya, tiada betul dan salah untuk melancong. Anda bebas untuk membuat pilihan sendiri untuk melawat tempat-tempat impian anda.

Cuba kongsikan apa anda jenis pelancong yang macam mana?