Siapa saja taknak travel ke Switzerland? Lagi-lagi dengan pemandangan alpine, kampung-kampung old town, dan udara yang bersih yang menjadikan Switzerland, persis negara fairy tale, sebagai salah satu destinasi impian semua orang!

Puncak gunung alps yang melambung tinggi, air tasik biru yang bekilauan, lembah kehijauan, dan glasier yang mengujakan telah menjadi tarikan negara dongeng ini sejak azali lagi.

Resort bertaraf antarabangsa pula terletak di tengah-tengah lembah dan gunung, yang mensajikan pelbagai aktiviti percutian yang menarik dan menguji adrenalin! Seperti, mendaki, berbasikal, climbing, paragliding, bermain skin, dan juga menaiki toboggan.

Bukan itu sahaja, sesiapa yang merancang perjalanan ke Switzerland pasti berhajat untuk menikmati pemandangan yang mengkagumkan, namun, Switzerland juga kaya dengan tarikan budaya dan sejarah. Buktinya, muzium-muzium, galeri seni, bangunan bersejarah dan kota lama bertebaran di pelusuk kota seperti Zurich, Geneva dan Lausanne serta Bern.

Rancang perjalanan anda dengan senarai tarikan pelancong di Switzerland dibawah ini.

Tempat menarik di Switzerland:

Lucerne

Lucerne Lake

lake lucerne switzerland
Pemandangan Tasik Lucerene ketika musim panas (source: wallpapercave)

Lucerne ialah kota yang terletak bersebelahan dengan tasik dan dikelilingi dengan pemandangan gunung ganang alps yang menghijau. Jika anda menjejakkan kaki di Lucerne, anda wajib untuk bersiar-siar di sekitar Lake Lucerne yang mensajikan pemandangan yang persis daripada kartun Disney!

Jika anda peminat kehidupan marine, anda  juga boleh menyertai aktiviti diving yang senang didapati kerana terdapat banyak pakej daripada agensi pelancongan disekitar kota ini.

Dikenali senagai “Lake of the Four Cantons”, Tasik Lucerne ini dikelilingi dengan gunung ganang yang rendah yang membuatkan pemandangan di tasik ini amat indah sekali!

Amat sesuai jika anda jenis yang inginkan percutian santai dan relaks, tasik ini pasti menjadi pilihan anda untuk bersiar-siar, berpiknik mahupun beriaah bersama keluarga.

Mount Pilatus

Image result for mount pilatus
Cog wheel train membawa penumpang ke puncak Mount Pilatus (source: lolaakinmade)

Gunung Pilatus ini berdiri dengan megahnya di Lucerne dengan ketinggian 2,128 meter. Puncaknya yang curam memberikan gunung ini nama jolokan “Dragon Mountain” bersempena cerita dongeng zaman Medievel dahulu mengatakan gunung ini didiami oleh naga.

Jika anda individu yang menyukai pemandangan gunung tetapi tidak suka akan aktiviti mendaki, anda boleh menaiki cable car yang dibuka pada musim panas,ataupun  cog wheel train yang dibuka setiap musim untuk ke puncak dan menikmati pemandangan tanpa penat lelah mendaki!

Old Town

Image result for old town lucerne
Bangunan unik di Old Town Lucerne (source: flickr)

Old Town di Lucerne pula sesuai untuk pasangan berbulan madu yang ingin menghabiskan waktu berjalan dan bersiar. Old Town ini amat unik sekali kerana reka bentuk bangunannya yang mengekalkan zaman lama yang menandakan kota ini sebagai salah satu kota bersejarah di Switzerland.

Kota bersejarah ini juga bebas trafik, menjadikan kota ini ramai dengan pengunjung dan juga penuh dengan penjaja dan kedai-kedai yang sangat Instagrammable dan romantik!

Cafe romantik di Old Town Lucerne (source: istock)

Swiss Museum of Transport

Image result for swiss museum of transport
Pintu masuk Muzium Pengangkutan Swiss (source: klook)

Muzium ini ialah muzium yang paling popular di Switzerland dan menjadikannya muzium yang paling banyak pengunjung sepanjang tahun berbanding dengan muzium dan galeri yang lainnya di negara ini.

Muzium ini bukan sahaja mempamerkan koleksi automotif lokal secara bersahaja, malah, muzium ini mempunyai gaya unik dan berseni dengan mempamerkan kereta daripada kesemua era dengan cara menyusunnya keatas rak yang besar seperti mainan.

Muzium ini juga mempamerkan keretapi lokomotif diesel pertama Switzerland, 30 buah pesawat dan juga Autotheater, iaitu pameran automotif yang menakjubkan.

Basel

Kunstmuseum Basel

Image result for kunstmuseum basel
Muzium seni paling popular di Basel (source: wikipedia)

Basel terkenal dengan bandarnya yang terletak di tripoint di mana sempadan Swiss, Jerman dan Perancis bertemu dan sangat popular dengan galeri seni yang bertaburan di bandar ini.

Kunstmuseum ialah salah satu muzium seni yang paling terkenal di Switzerland yang menempatkan pelbagai jenis seni seperti zaman awal Renaissance (Konrad Witz, Lucas Cranach the Elder dan Hans Holbein). Bukan itu sahaja, seni moden daripada Van Gogh, Monet, Cezanne, Manet dan Gaugin juga dipamerkan disini.

Muzium ini juga mempunyai ruang bilik pameran khas hanya untuk Picasso!

Basel Historical Museum

Image result for basel historical museum
Muzium bersejarah di Basel yang berbentuk seperti gereja (source: tripadvisor)

Terdapat 4 lokasi bagi Basel Historical Museum. Tiga daripadanya terletak didalam bandar dan satu di selatan Munchenstein.

Muzium bersejarah ini terletak ni Barfusserkirche, sejak tahun 1894 lagi. Sejarah kebangkitan Switzerland menjadi tarikan utama muzium ini, sejak zaman prasejarah sehingga zaman sekarang.

Tumpuan pameran dari zaman pra-Reformasi adalah karya seni seperti Basel Dance of Death dan Basel Cathedral Treasury. Terdapat juga pameran di ruangan bawah tanah yang diketuai oleh pameran “Understanding the World” yang terdiri daripada pelbagai tapestry zaman pertengahan yang menggagumkan yang menunjukkan adegan kehidupan sebenar zaman Medeival.

Koleksi Renaissance dan Baroque juga disekalikan dalam pameran “Great Cabinet of Curiosities”.

Basel Zoo

Image result for basel zoo
Ruang akuarium yang bercirikan moden dan unik di Zoo Basel. (source: archdaily)

Jika anda gemar mengunjungi zoo, Basel Zoo ialah tempat paling sesuai untuk dilawati. Menjadi kediaman untuk 640 spesis haiwan, Basel Zoo ialah zoo terbesar dan tertua didalam negara ini sejak tahun 1874, namun mempunyai reka bentuk dan ciri yang moden dan sangat unik.

Kawasan aquarium dan vivariumnya pula menempatkan 500 spesis ikan, reptilian dan amfibia, juga penguin King dan Pentoo.

Haiwan yang paling popular di dalam zoo ini ialah Goma, iaitu spesis gorilla barat pertama yang lahir di Eropah yang berusia 62 tahun.

Engelberg

Mount Titlis

Image result for mount titlis
Puncak Mount Titlis pada musim panas (source: holidaystoswitzerland)

Engelberg sangat terkenal dengan perkampungan resort di Gunung Titlis yang popular bukan sahaja dengan aktiviti musim sejuk seperti bermain ski, anda juga boleh menaiki cable car pada musim panas untuk menyaksikan pemandangan Uri Alps yang mengujakan.

Di puncak Gunung Titlis ini juga terdapat restoran dan cafe yang berlatar belakangkan pemandangan gunung ganang yang indah!

Disini, anda juga boleh menaiki Ice Flyer iaitu ‘chairlift’ yang akan membawa anda naik ke atas kawasan permukaan glasier dimana anda boleh menikmati pemandangan bersalji dan juga permukaan glasier yang menyeramkan tetapi sangat mengujakan!

Titlis Cliffwalk

Image result for titlis cliff walk
Cliffwalk yang menakutkan dengan pemandangan gunung alps! (source: pinterest)

Selain menikmati pemandangan di Mount Titlis dengan menaiki cable car dan Ice Flyer Chairlift, anda juga boleh mendaki jambatan gantung yang paling tinggi di Eropah, dengan ketinggian sekitar 3000 meter.

Sesuai untuk sesiapa yang suka aktiviti yang menguji adrenalin anda, jambatan yang melintasi jurang 500meter ini bergerak-gerak mengikut titiupan angin.

Waktu yang terbaik untuk ke Cliffwalk ialah hari yang jelas di musim panas untuk menikmati pemandangan Titlis Glacier. Namun jika anda menyukai pengalaman ekstreme, anda mungkin akan lebih suka ke sini ketika musim salji!

Titlis Glacier Cave

Image result for titlis glacier cave
Gua glacier Titlis yang memancaran cahaya semula jadi warna kebiruan (source: titlis.ch)

Jika anda telah sampai di Mount Titlis, gua glacier berais ini ialah tempat yang wajib dilawati dengan kemasukan percuma. Anda boleh singgah disini setelah anda berjalan di Cliffwalk.

Gua ‘Winter Wonderland’ ini sangat unik kerana ianya memancarkan cahaya semula jadi unik yang bewarna turquoise yang disebabkan oleh cahaya matahari yang dibiaskan. Jika anda lihat ke dalam ddinding glacier ini, anda boleh melihat berjuta-juta kristal kecil!

Titisee Lake

rowing-boats-454894_1280
Bot untuk pelancong guna di tasik Titisee (source: theculturetrip)

Tasik ini sangat popular pada musim panas dan musim luruh dengan aktiviti air seperti berenang, menaiki bot, dan waterslide. Aktiviti darat yang menarik juga termasuklah bermain ski, menaiki tobagan dan juga berpiknik di sekitar tasik.

Tasik ini sesuai untuk menikmai aktiviti beriadah bersama keluarga dan kanak-kanak seperti menyertai sukan ekstreme mendaki zip line di Action Forest Kletterwald.

Rhine Falls

Image result for rhine falls from zurich
Anda boleh menyertai bot tour ataupun hanya menyaksikan air terjun di paltform (source: getyourguide)

Terletak di Schaffhausen, Rhine Falls ialah air terjun terbesar di Eropah Tengah. Masa yang terbaik untuk melawati air terjun ini ialah pada musim panas, ketika salji di gunung cair dan mengalir jatuh keatas batu kapur Jurassic yang berukuran 21 meter dalam ketinggian.

Cara anda melawat air terjun Rhine ini ialah dengan menaiki trip bot yang memberikan pemandangan air terjun yang terbaik. Terdapat juga platform di kedua belah sisi sungai yang menyaikan pemandangan yang sama!

Zurich

Image result for zurich city center
Bandar yang sangat popular di kalangan pelancong (source: roadaffair)

Zurich ialah bandar Switzerland terbesar dan menjadi hub transportasi utama negara ini bagi pelancong. Bandar ini terletak di barat utara tasik Zurich, dan menjadi destinasi utama bagi pelancong untuk membeli belah dan bersiar.

Bertemakan kota lama, Zurich dipenuhi dengan barisan kedai-kedai, kafe dan galeri seni yang mengekalkan seni arkitektural zaman lama.

Selain daripada butik jenama ternama, terdapat juga 50 buah muzium dan 100 galeri seni untuk para ‘art nerd’. Muzium yang top disini ialah Kunsthaus Zurich, iaitu muzium seni halus yang menempatkan pameran koleksi seni daripada zaman pertengahan sehingga ke zaman kini.

Muzium kegemaran pelancong yang lainnya pula iaah Rietberg Museum yang mengetengahkan seni daripada China, India dan Afrika.

Swiss National Museum yang terkenal dengan arkitektural Ghotic (source: andrewprokos)

Jika anda menggemari arkitektural Ghotic, Swiss National Museum pasti mejadi tempat yang anda jejaki dulu. Muzium ini menempatkan sejarah kebudayaan Switzerland yang sangat unik dan jauh berbeza daripada budaya oriental di Malaysia.