Apakah insurans perjalanan? Perlu ke?

Dalam post kali ni, Mood akan cuba menerangkan apakah kepentingan insurans perjalanan atau travel insurance ni supaya anda boleh travel tanpa risau.

OK?

Jika anda klik artikel ni, mesti anda pernah terdengar tentang insurans perjalanan atau “travel insurance” tetapi tidak tahu apa sebenarnya faedah insurans perjalanan ni, atau anda munkin tertanya-tanya sama ada anda perlu atau tidak insurans untuk travel.

Secara realitinya, walaupun anda sudah merancang perjalanan anda secara teliti, dengan itinerary yang tersusun rapi, untuk mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diigini terjadi, namun, malang tidak berbau ya.

Kemungkinan untuk kemalangan atau perkara buruk terjadi itu pasti ada, dan anda jugalah yang terpaksa berdepan dengan kesulitan tersebut.

Dan kadang kala ianya melibatkan sejumlah duit yang banyak.

Contohnya jika anda jatuh sakit di Negara asing dan harus mengeluarkan sejumlah duit yang banayk untuk membiayai perubatan ketika di hospital di sana.

Megikut kajian yang dibuat oleh ABI, lebih dari 3000 pelawat atau pelancong asing yang memerlukan rawatan kecemasan semasa di luar negara yang dibantu oleh agensi insurans.

Untunk pengetahuan anda, kos untuk rawatan selama 15 hari di US yang diakibatkan oleh stroke hampir mencecah sebabnyak RM1.1juta ringgit, manakala rawatan selama 10 hari di US yang disebabkan oleh darah tersumbat (blood clot) boleh mencecah sehingga RM900 ribu ringgit.

Ketika ini lah insurans perjalanan dapat menolong anda dan menawarkan pembayaran semula (reimbursement) untuk segala kesulitan yang berkaitan dengan travel samada didalam atau diluar negara.

Mengapa anda perlu mendapatkan insurans perjalanan?

Insurans perjalanan dapat melindungi anda dari peristiwa yang tidak dapat dielakkan.

Anda juga harus akui bahawa anda tidak mampu meramal masa depan.

Image result for predict the future

Dengan  adanya insurans perjalanan, anda bukan sahaja akan kekal berasa selamat sepanjang percutian anda, anda juga tidak perlu risau tentang kadar kewangan kecemasan ketika berada jauh daripada rumah anda.

Ini termasuklah kehilangan bagasi, penerbangan atau bilik hotel yang dibatalkan, atau jika anda memerlukan perhatian perubatan yang kebiasaanya akan jatuh mahal dan membebankan.

Faedah insurans perjalanan ialah, ianya sentiasa mengatasi jumlah yang anda bayar kerana ia meliputi hampir kesemua perkara buruk yang tidak dapat kita ramal, termasuklah kematian.

Cuba anda bayangkan, anda membeli pelan insurans paling rendah bermula daripada RM18.00 (Allianz Travel Easy) yang akan meliputi perbelanjaan perubatan sehingga RM 15, 000. Berbaloi bukan?

Oleh itu, insurans perjalanan akan memudahkan anda apabila sebarang kejadian kecemasan berlaku.

Apakah jenis perlindungan yang insurans perjalanan liputi?

Tidak semua syarikat insurans menawarkan coverage yang sama.

Sesetengah syarikat insurans perjalanan menyediakan beberapa jenis pelan dengan kadar harga yang berbeza mengikut keperluan dan kemahuan anda.

Dan tentu saja, pelan insurans perjalanan terbaik ialah yang meliputi hampir kesemua aspek polisi, contohnya:

  • Perbelanjaan perubatan kecemasan
  • Kelewatan atau pembatalan penerbangan
  • Kelewatan bagasi
  • Kecurian
  • Perlindungan keganasan (terrorism)
  • Liabiliti undang-undang
  • Kehilangan dokumen perjalanan
  • Kematian dan pengurusannya

Kelawatan bagasi ni la paling leceh. Lewat, kena tunggu lagi, nak cari tak jumpa, barang dan baju semua dalam tu kan?

Related image

Merancang perjalanan anda membolehkan anda memilih pelan insurans dengan mudah bagi memenuhi keperluan percutian anda.

Bagaimana insurans perjalanan membantu anda semasa bercuti?

Insurans perjalanan akan mengimbangi jumlah pembayaran yang anda perlu keluarkan daripada poket anda sendiri dan membayarnya kembali kepada anda sehinga anda tidak akan merasakan bebanan.

Katakan anda telah membeli tiket penerbangan ke pulau tropika tetapi, terdapat pengumuman tentang pembatalan penerbangan kerana cuaca ribut yang datang secara tiba-tiba.

Image result for bad weather

 Jika anda telah membeli insurans perjalanan anda sebelum pengumuman pembatalan penerbangan tersebut, anda akan dapat kembali wang tiket penerbangan anda daripada syarikat insurans perjalanan tersebut.

Walaupun syarikat insurans perjalanan menawarkan liputan yang berbeza, namun hampir kesemua pelan insurans perjalanan merangkumi perbelanjaan perubatan dan kelewatan atau pembatalan penerbangan yang merupakan salah satu daripada kecemasan yang paling tinggi ketika bercuti.

Cara untuk menuntut pembayaran insurans perjalanan?

Menuntut kembali duit anda yang telah anda keluarkan ketika kecemasan adalah amat mudah sekali sebenarnya ya.

Image result for claim

Anda hanya perlu memfailkan tuntutan tersebut kepada syarikat insurans perjalanan anda.

Untuk memfailkan tuntutan, anda perlu mengemukakan bukti tuntutan anda (penerbangan tertangguh atau dibatalkan, kehilangan bagasu atau resit perubatan daripada hospital)

Syarikat insurans kemudian akan mengesahkan tuntutan anda sebelum pihak mereka membayar balik kepada anda dengan jumlah yang tertentu mengikut pelan insurans yang anda telah pilih.

Tetapi!

Tip penting, tuntutan insurans perjalanan hanya boleh disahkan jika anda sudah mempunyai insurans perjalanan sebelum kejadian itu berlaku.

Contohnya, anda mengalami kemalangan semasa berada di luar negara dan harus dirawat di hospital dengan bil yang tinggi. 

Tetapi, kerana anda sudah memiliki insurans perjalanan sebelum peristiwa malang itu berlaku, anda akan dapatkan kembali wang anda, dengan prosedur tuntutan yang betul.

Jadi, sebelum anda memulakan mana-mana perjalanan, anda dinasihatkan membeli insurans perjalanan untuk mengelakkan daripada duit anda melebur.

Adakah insurans perjalanan mahal atau murah?

Ramai orang sentiasa mengelak daripada mempunyai insurans perjalanan kerana mereka berfikir insurans perjalanan berharga tinggi.

Image result for expensive insurance

Tetapi, di Malaysia, kita mempunyai pelbagai syarikat insurans perjalanan yang menawarkan pelbagai pelan insurans yang meliputi pelbagai polisi untuk harga tertentu serendah RM18.00 daripada Allianz Easy Travel.

Lebih murah insurans itu, tidak bermakna perlindungannya juga berkurngan, tetapi lebih kepada jumlah liputan kewangan yang mungkin lebih rendah daripada pelan yang berharga tinggi.

insurans perjalanan tune protect

Sebagai contoh, Tune Protect Travel East akan menampung perbelanjaan perubatan sehinggan RM300,000 manakala Etiqa Tripcare 360 merangkumi sehinggan RM 500,000.

Ini menunjukkan bahawa kos Tune Protect lebih murah (serendah RM 35.00 untuk perjalanan tunggal di rantau Asia) berbanding dengan Etiqa yang mempunyai harga lebih tinggi namun keduanya meliputi polisi perjalanan yang cukup dan lengkap tidak kira harganya.

Jadi bagaimana cara untuk memilih insurans perjalanan dengan tepat?

Memilih insurans perjalanan boleh menjadi mudah jika anda tahu apa yang anda perlu.

Dengan panduan yang tepat, kami akan memberikan penjelasan mengenai apa yang anda perlu pertimbangkan supaya anda dapat memilih insurans perjalanan dengan bijak.

Tempoh perjalanan

Related image

Sekiranya anda melancong ke sesetengah destinasi tidak lebih empat kali setahun, pelan perjalanan tunggal adalah yang terbaik untuk anda.

Pelan perjalanan tunggal akan melindungi anda selama tempoh percutian anda pada satu masa itu.

Pelan ini juga adalah yang paling berpatutan untuk mengelakkan anda daripada dihurung kerisauan dan kebimbangan kewangan.

Pelan tahunan pula bagus untuk mereka yang sering kesana-kesini didalam setahun, samada diatas tujuan kerja, belajar ataupun pulang ke kampong halaman lebih daripada empat kali setahun.

Pelan tahunan ini membolehkan anda menjimatkan duit daripada membeli insurans travel individu setiap kali anda harus ke luar negeri mahupun negara pada tahun yang sama.

Oleh itu, daripada anda membazirkan wang dengan memberli insurans perjalanan tunggal tiap kali anda harus melakukan perjalanan, pelan tahunan akan membolehkan anada menikmat perlindungan tanpa had di setiap perjalanan anda sepanjang tahun.

Destinasi perjalanan

Related image

Kos insurans anda bergantung kepada destinasi anda. Ia akan jadi jauh lebih murah apabila anda melancong di dalam negara daripada ketika anda melancong  ke negeri Asia atau pun di serata dunia.

Kos insurans akan menjadi lebih tinggi disebabkan jarak destinasi namun, usah khuatir kerana liputan yang ditawarkan tetap sama.

Walaubagaimanapun, tidak semua negara di seluruh dunia dapat diinsuranskan kerana sesetengah syarikan insurans perjalanan mengelak daripada menanggung risiko liputan insurans untuk negara yang mempunyai masalah social seperti peperangan ataupun rusuhan aktif.

Image result for tokio marine travel insurance

Tetapi!

Terdapat juga beberapa syarikat insurans perjalanan yang meliputi serangan keganasan apabila anda terjebak dalam keadaan yang tidak diingini semasa percutian anda seperti insurans perjalanan Tokyo Marine Travel Partner.

Bilangan individu yang diinsurankan

Bilangan orang yang diinsuranskan juga memainkan peranan dalam harga pelan insurans tersebut.

Tetapi, jangan risau kerana kebanyakan syarikat insurans perjalanan menyediakan pelan keluarga supaya anda tidak perlu membayar terlalu banyak insurans individu.

Pelan termurah untuk keluarga bermula dari RM 30 oleh Tune Protect.

Jadi jika anda merancang percutian keluarga yang besar sebaiknya, anda belilah insurans perjalanan dengan pelan keluarga yang akan memudahkan percutian riuh rendah anda.

Okay, sekarang anda sudah tahu segalanya tentang insurans perjalanan dan manfaatnya.

Jadi…

Nak beli insurans perjalanan bukan sahaja akan memastikan keselamatan dan perlindungan malah akan juga menyelamatkan anda daripada kewangan yang tidak dapat dijangka yang hanya akan membebankan anda di kemudian hari.

Kalau anda ingin dapatkan nasihat nak beli travel insurance yang mana, boleh contact team Mood Travel.

Kami tak jual travel insurance ni tapi kami akan nasihat anda sebaik mungkin ye?

Mood Travel – Travel with peace of mind