Merancang percutian idaman bukanlah satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang harus dititik beratkan supaya percutian yang dirancang berjalan dengan sempurna. Kali ni Mood akan tunjukkan beberapa petunjuk berguna tentang cara merancang percutian dengan mudah tanpa huru-hara dan memeningkan kepala.

Source: pinterest

Percutian selalunya bermula dengan idea yang indah sekali namun sering kali bertukar menjadi mimpi buruk yang memenatkan. Brainstorming dan mengatur kesemua plan pula sering diendahkan ketika merancang percutian. Sikap ini lah yang boleh membuatkan percutian anda berakhir dengan tragedi… melainkan anda mengambil langkah bijak dengan membeli travel insurance serendah RM18!

Dengan sedikit persiapan dan usaha untuk merancang itinerary sendiri, para pelancong dapat menghindari 90% perkara yang tidak diingini daripada berlaku. Berikut ialah tips untuk merancang percutian dan juga sedikit tips untuk mengelakkan daripada kerugian ketika menghadapi perkara buruk di tempat asing.

Pilih Destinasi Anda

Source: Unsplash

Pertama, ketika memilih destinasi percutian anda, pasti anda memilih daripada bucket-list anda yang anda telah idamkan selama ini bukan? Namun, memilih destinasi yang tepat sebenarnya bergantung kepada cuaca dan musim ialah kunci kepada merancang percutian idaman anda.

Anda juga dinasihatkan menyelidik waktu-waktu yang terbaik untuk melawat kerana selalunya waktu yang terbaik untuk bercuti ke Eropah seperti ski resort dan gunung-ganang, amat berbeza dengan destinasi percutian ke pantai dan pulau-pulau.

Baca: Waktu terbaik untuk melawat destinasi percutian yang berbeza

Pertimbangkan juga kos dan bajet anda ketika memilih tempat percutian kerana sesetengah tempat memakan kos yang tinggi, lagi-lagi dengan kadar mata wang yang berbeza.

Satu tips untuk mendapatkan tawaran yang terbaik dengan harga yang rendah untuk hotel, dan pengangkutan  ialah untuk memilih destinasi yang mewah-mewah pada beberapa minggu selepas musim puncak seperti selepas musim cuti sekolah, atau musim perayaan.

Memilih destinasi yang tidak asing dan jauh daripada tourist spot, ialah satu pilihan yang bijak untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tak diingini seperti sesat, kurang perkhidmatan awam, jauh daripada kedai 24jam, jauh daripada jalan besar dan airport. Ini akan menyusahkan anda untuk bergerak atau jika anda mempunyai kecemasan pada waktu malam.

Tentukan Tempoh Waktu Percutian Anda

Source: Unsplash

Anda mungkin merasa bercuti dalam tempoh masa yang panjang lebih menyeronokkan, namun kadang kala, anda boleh kecenderung kepada kebosanan jika berada di satu tempat pada jangka masa yang lama.

Namun, tempoh waktu percutian anda bergantung juga kepada tujuan anda bercuti dan juga rancangan anda. Sesetengah pelancong gemar berjalan dan melawat tourist spot dalam tempoh masa yang pendek dan laju, seperti berjalan hari-hari.

Dan sesetengah pelancong yang lainnya pula gemar mengambil masa untuk menikmati negara yang dilawatnya.

Contohnya jika anda bercuti di destinasi urban, seperti bandar-bandar Eropah, anda mungkin lebih menikmati percutian anda jika anda dapat bersiar-siar dan melawat segala yang menarik disana dalam tempoh yang panjang kerana anda lebih memerlukan masa untuk melawat kesemua tempat.

Namun jika anda bercuti di pulau-pulau dan pantai, tempoh waktu percutian anda mungkin lebih sesuai dipendekkan kerana kurang aktiviti melawat dan lebih sesuai untuk bersantai dan relaks.

Bukan itu sahaja, jika anda rancang untuk road trip dengan kereta ataupun keretapi, anda sewajarnya memanjangkan waktu kerana waktu perjalanan lebih lama berbanding menaiki kapal terbang untuk ke sesuatu destinasi.

Menempah Tiket Penerbangan, Keretapi atau Bas dan Penginapan

Source: Unsplash

Selepas mengarang idea bagi destinasi dan tempoh waktu percutian yang sesuai dengan anda, sekarang anda boleh lah mula menempah tiket penerbangan, keretapi ataupun bas. Satu tips untuk mengelakkan kos tiket pengangkutan yang tinggi ialah dengan menempah tiket sekurang-kurangnya 2 bulan awal daripada tarikh perjalanan.

Dan, anda juga boleh “menyambar” promosi tiket penerbangan murah jika berkesempatan dan merancang percutian anda di sekitar tarikh tiket penerbangan tersebut.

Namun, tiket promosi ataupun harga hotel ketika promosi tidak dapat di-refund kerana harganya yang rendah. Jadi, anda harus merancang percutian anda sebetul-betulnya jika tidak mahu kerugian duit.

Anda juga boleh menggunakan website yang menunjukkan penerbangan terendah untuk semua syarikat penerbangan seperti Google Flight ataupun Skyscanner.

Anda harus ingat juga ya, harga tiket sewaktu musim cuti memang akan menjadi tinggi namun tidak kesemua negara mempunyai musim cuti yang sama. Contohnya seperti negara Malaysia yang mempunyai musim cuti perayaan yang banyak namun musim cuti ini tidak termasuk di negara-negara lain.

Jadi, anda boleh mengambil kesempatan untuk bercuti ke negara luar ketika musim cuti di Malaysia. Kerana kemungkinan besar, harga untuk bilik hotel, dan penerbangan kekal rendah.

Rancang Itinerary Secara Detail

Source: Unsplash

Anda mungkin rasa percutian yang spontan dan adventurous sangat menarik dan mengujakan namun jika anda tidak mahir dalam “dunia travel”, mungkin anda boleh mengundang padah dengan sesat, tidak bersedia, dan juga kerugian duit kerana tidak merancang pembelian tiket seawalnya.

Percutian spontan dan adventurous seperti backpacking, dan travel solo selalunya sesuai buat sesiapa yang sudah mahir dengan selok belok dunia travelling. Dan jika anda tidak biasa travel, dan tidak selesa dengan perjalanan yang tidak dirancang, anda boleh menyusun itinerary supaya percutian anda lebih teratur dan tidak kelam kabut dan last minute.

Susun itinerary anda mengikut bajet yang anda telah tetapkan untuk mengurangkan risiko kerugian. Anda boleh cuba menggunakan apps yang akan membantu anda menyusun percutian anda disini.

Perjalanan anda juga akan menjadi lebih mudah jika anda menyusun destinasi seterusnya untuk bergerak pada malam atau waktu petang supaya anda mempunyai waktu siang yang lebih banyak untuk sesi bersiar dan melawat.

senang rancang percutian menggunakan template itinerary
Gunakan template itinerary seperti ini jika anda tidak tahu untuk menyusun perjalanan (Source: Pinterest)

Walaupun menempah tiket untuk aktiviti-aktviti setempat seperti tiket kemasukan muzium, aktiviti air, safari, zoo mahupun galeri seni, lebih mudah melalui online, dan juga lebih secure kerana anda sudah tahu tentang waktu operasi, dan harga namun, harga tiket aktiviti ini lebih murah jika dibeli di tempat lawatan itu sendiri. Kerana tiada cukai servis dan juga harga  pihak ketiga.

Jangan lupa atur juga waktu berehat ya. Anda mungkin berasa amat teruja untuk melihat kesemua tempat namun ini akan menyebabkan anda cepat lesu. Ini tidak masuk lagi jet lagged yang anda rasakan pada hari pertama percutian anda. Jadi, ambil masa untuk berehat secukupnya juga supaya tiada masalah kesihatan berlaku ketika hari perjalanan.

Nah, jika anda tidak mahu memeningkan kepala untuk merancang itinerary perjalanan yang rumit, anda boleh sahaja gunakan khidmat travel agent seperti di Mood Travel! Ini kerana travel agent akan menyelesaikan kesemua detail untuk anda. Anda hanya perlu memilih destinasi dan tarikh sahaja!

Baca: Travel Agent vs. Travel Solo: Yang mana satu sesuai untuk anda?

Hanya Pack Baju dan Barang-barang yang Perlu Sahaja

Source: Unsplash

Selepas selesai menempah segala tiket yang anda rancang, merancang untuk membawa barangan ketika travel juga satu langkah yang tepat untuk mengelakkan berlakunya pekaran yang menyusahkan anda kelak, seperti ketinggalan barang, atau jika anda terbawa barang larangan didalam bag anda.

Anda juga dinasihatkan untuk memeriksa cuaca dengan kerap sebelum anda mengemas barang untuk menentukan pakaian yang anda harus pakai ketika di sana.

Namun, cuaca yang tidak dijangka juga boleh menyusahkan perjalanan, jadi anda juga dinasihatkan untuk membawa pakaian emergency seperti jaket, seluar panjang, kasut bertutup dan topi untuk bersedia dengan cuaca hujan  ataupun sejuk.

Ini kerana, sesetengah negara mempunyai cuaca yang sering berubah ubah walaupun musim yang tetap. Seperti musim bunga di Korea yang sedikit panas pada waktu siang namun sejuk sehingga bawah 10°C pada waktu malamnya.

Anda juga dinasihatkan supaya menyelidik tentang budaya sesuatu tempat yang mungkin sensitive tentang sesetengah perkara seperti pemakaian ataupun konflik political. Baca artikel ini yang menceritakan lebih detail tentang do’s dan don’ts ketika travel ke negara yang ingin dilawati.

Source: Unsplash

Pengalaman ketika bercuti sebenarnya sangat subjektif dan hanya boleh membuahkan pengalaman yang berharga melalui individu itu sendiri. Namun dengan memahami kepentingan merancang percutian dengan teratur, anda pastinya dapat menikmati percutian idaman anda tanpa ada apa-apa masalah.