Apabila bercakap tentang percutian musim panas dan melancong ke Eropah, pasti sudah terbayang lautan biru dan pasir putih yang menanti.

Tolak percutian tropika anda yang mainstream itu ketepi, dan cuba pula percutian budaya yang unik di Eropah!

Tapi, d imana?

Melancong Ke Eropah : 5 Negara Unik

Jom kita tengok dekat bawah 5 tempat unik di Eropah yang WAJIB pergi pada musim panas tahun 2020 ini!

  1. Slovenia
  2. Croatia
  3. Switzerland
  4. Bosnia
  5. Itali

Kesemua negara diatas ini mempunyai tarikannya yang berbeza antara satu sama lain.

Dan pasti anda tidak terpikir untuk ke negara seperti Slovenia dan Bosnia bukan?

Walaupun Croatia dan Switzerland popular dengan musim luruh dan sejuknya, mereka juga tidak kalah ketika musim panas kerana pemandangan dan suasana sekitarnya amat berbeza sama sekali.

Itali pula pasti menjadi tarikan jika anda inginkan percutian musim panas romantis yang jauh daripada kepulauan tropika yang mainstream.

5 negara ni wajib pergi kalau nak cukupkan bucket list melancong ke Eropah

Jika anda gemar akan โ€˜city hoppingโ€™, pasti anda akan tersenyum lebar selepas habis membaca artikel ini.

Slovenia

Slovenia ialah negara Eropah yang mempunyai iklim continental dan iklim Alpine di sekitar Barat Laut, bermakna Slovenia dikelilingi pergunungan Alps yang menjadikan negara ini salah satu negara dengan pemandangan yang menakjubkan.

Tempat yang wajib pergi di Slovenia:

Ljubljana:

Melancong Ke Eropah: Ljublana
Credit: LonelyPlanet

Ljubljana adalah ibu kota bagi Slovenia dan juga Bandar terbesar disini.

Terkenal dengan pemandangan hijau, tasik, sungai dan juga istana lama yang menjadi tarikan pelancong disini ketika musim panas.

Bangunannya yang berwarna-warni, dengan seni bina lama, pasti akan menarik perhatian pelancong untuk datang ke sini.

Bled lake:

Melancong Ke Eropah : Blad Lake
Credit : Earthtrekkers

Jika sudah sampai disini, jangan lupa singgah ke Bled Lake, iaitu bandar peranginan yang terletak di kaki bukit Julian Alps.

Di tebing yang menghadap Bled Lake pula terdapat Bled Castle, iaitu istana zaman medieval abad ke-11, yang menempatkan muzium dan gereja.

Yang amat menarik dan unik disini ialah mereka mengekalkan imej bandar ini sama seperti berada di zaman medieval abad ke-11. Pasti anda merasa seperti watak Disney ketika berjalan di sekitar kawasan istana disini!

Vintgar Gorge:

Credit : Travelanddestinations.com

Vintgar Gorge ialah salah satu tempat paling unik dan magikal di Slovenia. Anda akan dapat berjalan sepanjang 1.6km menyusuri tepian Sungai Radovna dengan landskap yang mempersonakan.

Negara yang seterusnya adalah antara negara wajib anda pergi jika melancong ke Eropah suatu hari nanti.

Croatia

Croatia terletak di Eropah Tengah dan Tenggara, dan dikelilingi oleh lautan biru dengan pemandangan yang tak terjangkau dek akal!

Croatia juga salah satu negara yang mempunyai tarikan budaya yang besar dengan bandar-bandarnya yang mengekalkan nilai zaman lama yang membuatkan anda pasti merasa seperti kembali ke masa lalu.

Tempat yang wajib pergi di Croatia:

Dubrovnik:

Dubrovnik adalah sebuah bandar di selatan Croatia yang menhadap ke arah Laut Adriatik. Ia terkenal dengan Old Town yang dikelilingi tembok batu besar yang dibangunkan pada abad ke-16.

St. Blaise Church, Renaissance Sponza Palace dan Gothic Rectorโ€™s Palace ialah tempat yang wajib dilawat ketika berada di Dubrovnik jika anda ingin mengalami zaman Gothic Renaissance yang surreal!

Kotor, Montenegro:

Bandar Kotor yang terkenal di Montenegro ini amat menarik sekali dengan senibina zaman Venitian. Amat sesuai jika anda menyukai bandar-bandar lama yang penuh dengan sejarah.

Bandar unik ini berlatar belakangkan lautan luas dan dipenuhi dengan bangunan yang berbentuk seperti istana dan kaya dengan tarikan budaya seperti gereja, muzium, dan juga bangunan bersejarah seeperti Kotor Cathedral, dan Maritime Museum.

Sesuai untuk mencuci mata dan berjalan dengan santai pada musim panas!

Okay! Negara seterusnya adalah yang jatuh wajib untuk anda yang ingin melancong ke Eropah.

Switzerland

Siapa sahaja yang tidak mahu bercuti ke Switzerland?

Switzerland ialah salah satu negara yang tercantik di dunia yang dikelilingi oleh pemandangan lautan luas dan gunung-ganang Alps yang menghijau.

Lagi-lagi jika anda travel menaiki train ke seluruh Switzerland, pasti anda pengsan dengan pemandangan pada musim panas di sana!

Tempat wajib pergi di Switzerland:

Interlaken:

Interlaken ialah sebuah bandar Swiss yang terkenal dengan aura romantiknya. Dikelilingi oleh tasik dan gunung-ganang, tempat ini sering menjadi destinasi bulan madu ketika musim panas.

Grindewald dan Jungraujoch merupakan sebuah perkampungan Swiss yang menjadi tumpuan untuk mendaki gunung ketika musim panas.

Dengan pemandangan yang menakjubkan menanti anda di puncak tertinggi, pasti and tidak sabar untuk berlumba menyaksikan Swiss Alps dengan lebih dekat di atas sana.

Zurich:

Zurich City Centre ialah tempat paling sesuai untuk mengakhiri percutian Eropah anda. Dipenuhi dengan kedai barangan berjenama tinggi, pasti ramai yang ingin memuaskan hajat membeli belah disini.

Yang menariknya tentang Zurich ini, walaupun ianya pusat bandar, namun konsep perbandarannya jauh sekali daripada konsep moden dan lebih kepada mengekalkan keaslian bandar lama itu.

Terletak berhadapan dengan tasik Zurich, airnya yang jernih dan membiru pasti akan membuatkan percutian anda yang tidak dapat dilupakan sama sekali.

Norway

Apabila berfikir tentang negara-negara Nordic, pasti anda terbayangkan bandar-bandar moden di Sweden bukan? Namun, tahukah anda Norway mempunyai tarikan yang sama menariknya dengan Sweden?

Tempat wajib pergi di Norway:

Oslo:

Oslo ialah ibu kota Norway yang terkenal dengan kehijauan bandarnya dan juga muzium yang menarik.

Salah satu muziumnya ialah Viking Ship Museum, Norwegian Museum of Cultural History, The Fram Museum, Oslo City Museum, Kon-Tiki Museum dan banyak lagi!

Bandar Oslo juga bercirikan moden kotemporari, amat berbeza sekali daripada Croatia dan Slovenia, Norway terkenal dengan senibinanya yang berteraskan kemodenan.

Oslo Cathedral

Namun masih mengekalkan ciri sejarahnya seperti di Akershus Fortress, iaitu kubu pertahanan kota Oslo yang pernah dijadikan sebagai pangkalan tentera dan penjara, dan juga Oslo Cathedral, yang terkenal dengan senibinanya yang unik dan rumit.

Flam:

Untuk ke Flam, anda harus menaiki keretapi menuju ke stesen Mydral. Dalam perjalanan ke Mydral, anda boleh menyaksikan kehijauan yang sangat menakjubkan dan terasa seperti didalam keretapi Hogwarts Express daripada filem Harry Potter pula.

Setibanya disana, anda dapat menyaksikan perkampungan Nordic dan juga menaiki bot megelilingi fjord yang dikelilingi oleh gunung dikiri dan kanan. Sesuai untuk percutian yang santai dan terapeutik!

Voss:

Voss ialah satu bandar tradisional di Norway yang anda harus datang ketika musim panas!

Ketika musim panas, anda boleh pergi ke Tvindefossen Waterfall, Bordalsgjelet Gorge dan Skjervefossen Waterfall untuk pengalaman berada didalam hutan jenis Scandanavian Coastal Conifer yang jauh berbeza daripada hutan hujan di Malaysia ni yang dipenuhi dengan pokok pine, aspen, oak dan hazel yang semestinya tiada di negara tropika.

Itali

Cuti musim panas pastilah kena datang melawat Itali! Mana lagi kalau inginkan percutian musim panas yang romantik kalau bukan di Itali!

Lupakan percutian tropika anda dan datang ke Itali untuk menikmati percutian musim panas yang sebenar!

Itali bukan sahaja mempunyai pasukan bola sepak yang kuat malah satu negara yang wajib pergi jika melancong ke Eropah.

Tempat yang wajib pergi di Itali:

Rome:

Credit: Time Out

Bandar bersejarah ini bukan sahaj tepat untuk percutian bulan madu yang romantic, namun sesuai untuk sesiapa yang amat gemar dengan bandar lama. Rome amat terkenal dengan bangunan lamanya dan sejarahnya yang amat meluas.

Colosseum, Roman Forum, Trevi Fountain, dan Vatican City ialah tempat yang anda harus jejak kalau dah sampai di Rome ya!

Florence:

Credit: UrbanAdventures

Terkenal dengan suasananya yang romantik dan berlatar belakangkan bangunan zaman Renaissance, pasti anda akan jatuh cinta dengan bandar ini!

Juga bandaryang terkenal dengan seni pembuatan barangan berasaskan kulit, disini jugalah pelancong sering melabur duit untuk mendapatkan barangan kulit yang berkualiti tinggi.

Venice:

Credit: Fordors.com

Berbeza sekali dengan Rome, Venice adalah bandar terapung yang dibina diatas air dan tidak mempunyai pengangkutan darat sama sekali.

Anda pasti sudah dapat agak bagaimana segarnya udara di Venice tanpa pencemaran alam daripada kenderaan berenjin bukan?

Nah, disini anda boleh melawat gereja-gereja yang unik yang bercirikan reka bentuk Byzantine.

Selain daripada menikmati pemandangan dan bersantai dengan menaiki bot canal ke sekitar Venice, Piazza San Marco juga popular dengan cafe-cafe di sekitar dataran itu dan menjadi tempat untuk para pelancong bersantai dan beristirehat sambil dikelilingi oleh bangunan bersejarah yang unik!

Tidak dinafikan, percutian budaya bukanlah didalam senarai bucketlist semua orang, namun, jika anda sudah bosan dengan percutian di pulau-pulau tropika, dan inginkan pengalaman yang berbeza sama sekali, melancong ke Eropah ialah yang wajib anda pergi!

Trip bersama Mood Travel ke Cologne Cathedral

Di Mood Travel, sebagai salah satu travel agency yang specialize dalam melancong ke Eropah, kami menawarkan pelabagai pakej menarik ke Eropah pada tahun ini. Iainya tidak terbatas pada musim panas sahaja.. pada musim sejuk pun ada juga sebenarnya.

Di dalam post seterusnya, kami akan berkongsi tentang tempat-tempat menarik untuk kita lawati pada musim sejuk!