Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana untuk solat ketika travel di luar negara yang mungkin penduduknya bukan majority Muslim?

Adakah anda perlu cari masjid atau boleh sahaja solat di mana-mana dengan selamat?

Niat awal yang baik, insyaAllah akan ditujukan oleh Allah dengan pengakhiran yang baik.

Maka bersangka baiklah kepada Allah.

Setiap ujian yang kita tempuhi adalah sebuah rahmat dariNya, bagi menyiapkan diri hambaNya untuk rahmat yang lebih besar menanti di penghujung jalan. 

โ€‹Musafir akan didatangi dengan dugaan.

Bukan mudah merentasi kawasan yang tidak pernah dipijak sebelumnya.

Maka benarlah antara doa yang mustajab adalah doa orang-orang yang musafir.

Dalam kedaan penat lelah, letih dengan beribu batu beruzlah ke negara asing. Tidak dinafikan kadang-kadang iman mula terasa lemah.


Lebih-lebih lagi ketika waktu solat. Di Eropah susah sekali jumpa R&R lengkap penuh dengan kemudahan tempat solat serta wudhu’.

Pasti akan ada terfikir,
“Boleh ke ambil wudhu dalam tandas, atas sink?”
“Biar betul solat diluar ‘outdoor’ pulak tu?”
“Apa kata orang?”

Persoalan demi persoalan akan datang bagaikan ditembak bertubi-tubi didalam hati kita. Sekiranya tidak dilawan, maka diri akan mengalah. Terjadilah lewat solat. Atau mungkin meninggalkan terus tuntutan kewajipan tersebut.


Maka disinilah kita membuat pilihan siapakah sebenarnya priority? Ingin dilihat  ibadah itu dari pandangan tuhan atau dari kacamata manusia?


Memang ada yang melihat. Ada orang putih yang mengambil video, gambar dan sebagainya.

Biarkan mereka.

Mungkin dengan ini dapat menimbulkan tanda tanya bagi mereka, “apakah itu Islam?”


Bukankah dengan soalan, membuatkan mereka mencari jawapannya? Secara tidak langsung, akhlak dan ibadah kita menjadi satu platform dakwah untuk mereka.


Disini tiada sebenarnya alasan untuk kita melengahkan mahupun meninggalkan solat.

Sedangkan kalau kita dalam keadaan sakit tidak dapat bangun pun ada cara solatnya. Apatah lagi dalam keadaan kita sihat, dapat berjalan, bercuti pulak tu.

Kita dengar dalam Al-Quran,


“Faidza Azamta Fatawakkal Alallah”.


Sekiranya kamu berazam, tawakkallah kepada Allah.


Akhir kata, jagalah hubungan kita dengan Allah dan jangan kita lupa juga untuk menjaga hubungan kita sesama manusia. 


Hablu minAllah wahablu minannas. Moga bermanfaat insyaAllah.