Wah bestnya dapat travel ke luar negara! Europe pulak tu. Dapatlah tick off semua bucketlist untuk tahun ni. Eh, jangan seronok seronok dulu ya.

Sebelum kita nak melancong ke Eropah, mesti kita kena ada preparation untuk memastikan perjalanan kita nanti lancar dan tak menyusahkan diri ataupun orang lain, lagi-lagi kalau pegi dengan travel agency.

Sebelum pergi melancong, kenalah tahu beberapa tips persediaan yang akan menyenangkan hidup anda sepanjang anda ada dekat sana nanti.

Tips sebelum melancong ke eropah:

1.Pastikan Anda Mempunyai Passport yang Sah dan Visa

melancong ke eropah

Sebelum anda merancang perjalan ke luar negara, satu perkara yang anda harus lakukan mestilah memeriksa tarikh tamat tempoh passport anda.

Jika passport anda telah luput tarikhnya, anda boleh memperbaharui passport anda di jabatan imegresen berdekatan ataupun buat online je!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh memeriksa negara yang memerlukan dokumen Visa. Artikel ini sangat membantu bagi mengetahui negara mana yang memerlukan Visa dan yang mana tidak perlu untuk memohon Visa.

Cara memohon Visa pula boleh rujuk disini ya.

2.Pelancong yang Bijak ialah Pelancong yang Membeli Travel Insurance

Bukan sahaja travel insurance itu akan memudahkan perjalanan anda dan membantu anda dari segi kewangan bagi apa-apa kejadian yang tidak diingini, travel insurance juga membuatkan anda lebih relaks dan tidak membuatkan anda risau dan paranoid ketika melancong.

Baca disini untuk ketahui lebih lanjut tentang travel insurance.

Usah risau ya, travel insurance ni tak mahal pun. Anda boleh mendapatkan travel visa serendah RM18 daripada Tune Protect.

3.Memberitahu Pihak Bank Kredit Kad Anda Tentang Kemana Anda Melancong

Okay yang ini penting ya kalau anda taknak terlepas daripada shopping spree di luar negara nanti. Kerana, dengan kes scammer kad kredit sekarang ini, pihak bank mungkin akan sekat kad kredit anda jika pihak bank anda mengesan transaksi asing dari luar negara kerana takut jika kad kredit anda telah digunakan oleh scammer.

Jadi, jangan lupa untuk memberitahu pihak bank anda yang anda akan melancong ke luar negara ya.

4.Aktifkan Servis ATM Untuk Luar Negara

Jangan lupa untuk aktifkan servis ATM luar negara dengan bank anda untuk menyenangkan anda mengeluarkan cash disana nanti. yelah, mana tahu, sakan berbelanja, sampai lupa cash dah habis.

Aktifkan servis ATM luar negara anda di laman web bank anda seperti Maybank2u dan CIMB.

5.Gunakan Travel Kredit Kad Untuk Berbelanja Cashless

Sejujurnya, takpayah la keluarkan duit dekat ATM dekat luar negara nanti. Cekik darah tau service fee dia.

Tapi jangan risau, kalau anda tiada kad kredit daripada bank, anda boleh menggunakan kad debit Mastercard daripada BigPay ni

Kad debit ini berfungsi sebagai travel credit card yang membolehkan anda menggunakan kad ini ketika diluar negara untuk membayar apa sahaja tanpa servis cas ekstra.

Anda juga membayar mengikut kadar mata wang terkini ketika membeli nanti. Jadi tak perlu risau sebab anda takkan dicas ekstra.

Jom memohon kad kredit perjalan BigPay disini. Percuma tau!

6.Periksa Suhu Dan Cuaca Di Negara Yang Anda Travel

Sebelum anda mengemas pakaian didalam bagasi anda, atau sebelum anda membeli tiket penerbangan sekalipun, anda dinasihatkan untuk memeriksa musim, suhu dan cuaca di luar negara itu.

Dan pastikan anda membawa barang keperluan yang betul supaya tidak menyusahkan perjalanan anda disana nanti.

7.Download Aplikasi Penterjemahan

Jika anda melancong ke negara bukan berbahasa Inggeris, anda boleh memuat turun aplikasi telefon bimbit seperti Google Translate dan iTranslate.

Anda juga boleh download aplikasi Waze jika anda tidak melancong dengan travel agency.

8.Print Document Perjalanan Dan Simpan Salinan Passport ketika melancong ke Eropah

Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga ya. Buat salinan segala dokumen yang anda bawa kerana kemungkinan untuk perkara yang tidak diingini berlaku itu sentiasa ada dan jika anda mempunya salinan dokumen perjalanan, ianya lebih senang untuk pihak airport ataupun polis dan pihak hospital untuk mengenal pasti anda.

9.Gunakan Vacuum Bag Atau Packing Cube Untuk Menjimatkan Ruang

Highly recommended jika anda akan melancong ke luar negara pada musim sejuk.

Untuk mengelakkan anda membayar harga check-in luggage yang mencekik darah, anda boleh menggunakan vacuum bag untuk menyimpan baju anda supaya anda tidak perlu membawa bag yang banyak dan anda akan menjimatkan ruang.

10.Sangkutkan Tag Bagasi Dengan Informasi Diri Dan Kuncikan Bagasi Anda

Menggunakan tag bagasi akan menyenangkan keadaan jika bagasi anda hilang dan tidak dijumpai, kerana pihak yang akan menjumpai bagasi anda telah mempunyai maklumat infromasi anda.

Dan kunci bagasi pula akan mengelakkan barangan anda dicuri.

Tips untuk apa yang perlu dibawa dan yang tidak perlu dibawa:

1.Baju Sejuk Yang Tidak Mengambil Ruang Yang Banyak Didalam Bag

Pasti anda sudah sedia maklmum yang baju sejuk, jaket dan kot mengambil ruang yang banyak dan besar didalam bagasi anda.

Anda boleh menggunakan vacuum bag diatas tadi untuk mengurangkan saiz jaket yang anda bawa, ataupun anda boleh membeli jaket padded dari Uniqlo yang boleh dilipat menjadi kecil dan  jaket tersebut masih mampu mengekalkan haba pada tubuh anda.

Dan disebabkan baju sejuk yang dijual di Malaysia berharga mahal anda juga boleh membeli sahaja baju sejuk di luar negara ketika sampai di airport kerana baju sejuk disana tidak mahal.

Ini disebabkan kerana baju sejuk telah menjadi pakaian asas bagi mereka.

2.Toiletries Yang Bersaiz Mini Dan Travel

Had untuk membawa cecair didalam botol ialah 100ml. Jadi anda boleh membawa produk yang bersaiz travel seperti trial pack skincare yang  lengkap dengan pencuci, toner dan moisturizer.

Ataupun jika anda tidak mahu membazir duit dengan membeli produk yang baru, anda boleh menggunakan bekas toiletries untuk travel yang telah ditetapkan jumlahnya.

3.Makanan Kering Dan Segera

Bawa makanan kering ataupun makanan segera supaya anda tidak akan berlapar ketika berjalan. Bukan itu sahaja, mungkin tekak anda tidak kena dengan makanan di luar negara ataupun anda ingin menjimatkan duit. Jadi anda boleh membawa makana yang senang untuk dimasak seperti mee segera.

4.Kasut Yang Ringan Dan Selesa

Jika anda ingin kekal aktif ketika berjalan jauh diluar negara nanti, pastikan anda memakai kasut yang ringan dan selesa ya. Anda juga boleh membeli pad kasut supaya kaki anda tidak lenguh ketika berjalan jauh.

5.Seterika Portable Untuk Travel

Lagi satu item yang sangat recommended jika anda ingin melancong ialah travel iron.

Ianya akan memudahkan anda jika anda menggunakan vacuum bag untuk menyimpan pakaian anda dalam bag anda, kerana ianya akan membuatkan baju anda berkedut.

Foldable Mini Travel Steam and Dry Iron (RM 22.41)

6.Universal Adapter Untuk Suis Elektrik

Adapter ialah keperluan wajib jika melancong ke luar negara, tetapi, pasti meletihkan kalau asyik kena beli yang baru saja kan? Jadi lebih baik anda membeli universal adapter yang sesuai untuk semua negara.

7.Gajet Keperluan Seperti Telefon Bimbit, Powerbank Dan Sebagainya

Telefon bimbit sudah tentu menjadi item wajib yang harus dibawa. Anda juga boleh membawa powerbank untuk mengelakkan telefon anda kehabisan bateri ketika berjalan seharian.

Disarankan juga membawa powerbank yang mini dan yang mempunyai design sleek dan nipis supaya tidak memberatkan bag anda ketika berjalan seperti powerbank daripada Pineng ini yang juga didatangi dengan kabel mengecas untuk android dan iphone.

8.Baju Hujan Ataupun Payung Kecil

Jangan lupa juga bawa baju hujan ataupun payung kecil kerana cuaca jika anda bakal melancong ketika musim luruh yang sering kehujanan.

9.Emergency Kit Mini

Medical emergency kit juga amat penting jika anda berada di luar negara dan tidak mahu membazir duit untuk membayar servis perubatan di luar negara. Pastikan anda membawa yang penting sahaja ya.

10.Bag Ekstra Untuk Letak Barangan Shopping

Buat para kakak-kakak dan mak-mak yang selalu gila shopping, jangan lupa bawa bag ekstra ya untuk letak barang shopping anda itu.

Duffle bag yang boleh dilipat kecil amat sesuai untuk tujuan ini. Boleh diletakkan didalam bagasi sahaja nanti.

11.Penimbang Berat Tangan Untuk Menimbang Bag Tanpa Beratur Di Airport

Jika anda ingin mengelakkan kepayahan beratur ketika menimbang bagasi di airport, item ini amat sesuai untuk anda supaya anda tidak membawa barang berlebihan yang menyebabkan anda terpaksa membayar servis cas untuk check in bagasi pula nanti.

12.Barang Yang Anda Perlu Jika Melancong Ketika Musim Salji

Ini pula senarai barang yang sangat membantu jika anda melancong ketika musim salji yang akan sentiasa memanaskan badan anda dengan selesa.