Jika nak dibandingkan solo travel dengan menggunakan servis travel agent dan tour guide, pasti terdapat banyak perbalahan yang berbeza diluar sana. Walaupun kedua-duanya secara dasarnya melibatkan aktiviti yang sama, debat tentang perkara ini tentang yang mana satu cara terbaik untuk travel, pasti dapat mengelirukan ramai orang.

Membuat keputusan tentang travel plan yang sesuai untuk anda tidak sepatutnya menyukarkan anda.Di sini, kami telah menyenaraikan semua kebaikan dan keburukan kedua-dua travel plan supaya anda tidak perlu bimbang mengenainya. Biar kami sahaja yang berfikir untuk anda!

Pros Dan Cons Travel Menggunakan Agent

Kebanyakan orang menganggap travel menggunakan agent sangat leceh kerana anda perlu mengikut jadual waktu dan itinerary yang telah ditetapkan oleh pihak travel agent anda, jadi anda tidak boleh bergerak bebas.

Tetapi jika anda lihat kembali, travel agent akan menyenangkan perancangan travel anda yang selalunya sangat memeningkan kepala – ya lah, mahu memikirkan tentang jadual penerbangan lagi, tiket kemasukan tempat-tempat menarik di negara luar lagi, mahupun transportasi untuk ke sana sini.

Kebanyakan travel agent akan menawarkan rancangan perjalanan dengan mudah kerana mereka telah menetapkan tempat-tempat menarik yang anda pasti tidak akan ketinggalan. Anda hanya perlu memilih destinasi dan waktu anda mahu travel sahaja.

Segala kerja-kerja susah, seperti menyelidik tentang destinasi percutian, tempat penginapan dan transportasi akan di atur oleh syarikat pelacongan dan tour guide. Anda hanya tinggal menikmati percutian anda bersama yang tersayang sahaja!

Percutian yang senang dirancang begini sangat sesuai buat keluarga besar, ataupun bagi sesiapa yang mempunyai kehiduan yang sangat sibuk dan tidak mahu membazir masa merancang percutian.

Bukan itu sahaja. perkara lain yang membuatkan percutian bersama agent sebagai percutian yang bagus ialah kerana anda mempunyai tour guide atau tour leader yang akan bersama anda sepanjang masa dan akan menjawab segala persoalan anda ketika waktu travel.

Ini sangat bagus buat individu yang minat akan budaya dan sejarah sesuatu tempat tetapi mempunyai kesukaran bertutur dalam bahasa asing atau “language barrier” dan tidak mahu berkomunikasi dengan penduduk lokal. Nah, tour guide akan menerangkan anda segalanya tentang sesuatu tempat itu nanti.

Travel agent juga sangat sesuai untuk individu yang suka membuat kawan baru! Kerana selalunya dalam satu tour group akan ada 10 individu yang akan sentiasa bersama-sama anda sepanjang percutian, pasti waktu anda tidak akan menjadi bosan sama sekali!

Namun, percutian yang dirancang oleh travel agent mempunyai karakterisitik yang kadang-kala tidak digemari oleh sesetengah individu. Dengan terlalu ramai orang di dalam satu kumpulan tour, tour leader tidak boleh menawarkan fleksibiliti mereka sepanjang masa. Pilihan aktiviti selalunya dikecilkan kepada beberapa aktiviti popular sahaja.

Twin Launches New Group Travel Website | Twin Group News
Source: twinuk.com

Jadi sekiranya anda mempunyai keinginan yang biasanya berbza daripada itinerary yang telah ditetapkan, ini mungkin bakal mengecewakan anda. Bukan itu sahaja, percutian yang dirancang juga sering kali mempunyai kurang masa untuk berehat dan bersantai kerana jadual waktu yang padat.

Jadi, percutian bersama travel agent amat sesuai jika anda mempunyai personaliti yang laid-back dan memahami keadaan masing-masing ketika berada di negara lain bersama individu yang lainnya. Di sini, bertolak ansur dan bersabar ialah kunci bagi percutian yang menggembirakan dan meriah.

Pros Dan Cons Travel Secara Solo

9 Solo Travel Tips To Help You Plan & Enhance Your Experience ...
Source: Duke.edu

Jika anda inginkan pengalaman yang mengubah hidup anda dan lebih memberi ganjaran, travel secara solo ialah satu pilihan yang tepat untuk anda. Lagi-lagi jika anda jenis yang suka mengembara dan belajar secara mendalam tentang sesuatu budaya di negara-negara lain.

Travel solo juga sesuai untuk seseorang yang sukakan cabaran dan ingin mencabar diri meneroka “hidden gems” di sesuatu negara dan yang jenis inginkan kebebasan merancang jadual waktu perjalanan sendiri yang boleh diubah mengikut kehendak diri sendiri.

Ini juga adalah satu kemewahan yang travel agent tidak dapat berikan.

Quiz: Which type of solo travel is right for you? – Lonely ...
Source: lonelyplanet

Percutian secara solo menawarkan fleksibiliti yang menjangkau akal, dan memberikan anda peluang untuk mengembara sesuka hati anda!

Dengan bercuti secara solo, anda juga mempunyai abiliti untuk berbelanja mengikut bajet anda sendiri. Perjalanan solo travel selalunya lebih murah daripada travel melalui agent kerana anda boleh membuat kiraan bajet anda sendiri seperti memilih menginap di hotel yang lebih murah ataupun membeli makanan yang memerlukan sahaja – jika anda tidak melakukan “food travel”, dan hanya ingin bersantai dan menikmati suasana di negara luar.

Juga sesuai buat pasangan yang ingin berbulan madu ataupun hanya ingin meluangkan masa bersama satu sama lain, merancang travel dengan sendirinya akan memberikan peluang untuk anda menikmati masa bersama dengan lebih selesa.

Pin by Buddy The Traveling Monkey on My Favorite Pins | Murad ...
Source: i.pnmg

Percutian atau pengembaraan solo juga memberikan anda peluang berkenalan dengan penduduk lokal ataupun solo traveller yang lainnya dan membuat kawan baru.

Melainkan jika anda bercuti bersama pasangan anda, travel solo boleh membuatkan anda kesunyian dari masa ke semasa. Mungkin ini lebih sesuai untuk traveller yang introvert dan sukakan perjalanan yang tidak sibuk dan tenang.

Namun jika anda jenis “outgoing” dan suka bergembira dengan ramai orang ketika berjalan didalam satu kumpulan, travel solo mungkin bukan pilihan tepat untuk anda.

Solo travel juga kadang-kala boleh memenatkan minda kerana, anda harus merancangan itinerary sendiri, anda harus memikirkan ke mana anda ingin melawat, membuat tempahan awal ke atas restoran yang anda ingin pergi, dan juga membuat penyelidikan sendiri untuk harga-harga tiket kemasukan seperti muzium, galeri, bangunan bersejarah, ataupun taman tema.

Ini boleh mengambil waktu untuk disusun supaya perjalanan anda tidak menyusahkan.

Percutian seperti ini juga hanya sesuai buat pelancong yang melancong seorang diri ataupun bersama pasangan kerana ianya pasti memenatkan jika anda harus merancang perjalanan untuk bercuti bersama sekumpulan individu yang ramai.

Jadi, ini ialah ringkasan bagi travel menggunakan agent vs. travel solo jadi anda boleh senang memilih yang mana satu sesuai untuk anda:

Anda sesuai melancong bersama travel agent jika anda:

  • Takut untuk melacong sendiri ataupun melancong buat kali pertama
  • Tidak ada masa atau tidak mahu merancang percutian dengan sendirinya
  • Mahu bercuti dengan berkumpulan ataupun dengan keluarga besar
  • Tidak tahu untuk merancang atau menyelidik tentang sesuatu tempat percutian
  • Hanya ingin melawat tempat popular yang senang dikunjungi
  • Tidak kisah dengan bilangan orang yang ramai dalam satu kumpulan
  • Suka berkawan dan bergembira dengan individu asing di dalam satu kumpulan percutian yang sama

Anda sesuai melancong secara solo jika anda:

  • Inginkan sesuatu yang berbeza mengikut pilihan sendiri
  • Mahukan fleksibiliti ketika melancong
  • Ingin menukar rancangan sendiri untuk mengembara ke sesuatu tempat yang lain
  • Mahukan sesuatu yang tidak tergesa-gesa dan bersantai lebih masa
  • Suka bersiar-siar sendirian ataupun bersama pasangan sahaja
  • Mahu berbulan madu dan masa sendirian bersama pasangan
  • Rajin untuk menyelidik dan merancang perjalanan sendiri
  • Suka belajar tentang budaya sesuatu tempat dengan penduduk lokal

Jadi, jika anda membaca sehingga habis, sudahkan anda membuat keputusan yang mana menjadi pilihan anda? Adakah anda jenis yang “follow the flow” atau pun jenis suka “take control” dan merancang perjalanan anda sendiri?