Siapa sangka pencapaian yang dimiliki hari ini bermula dengan menjual ikan di UK. Ya, itulah detik-detik permulaan tubuhnya agensi pelancongan yang telah membara ribuan rakyat Malaysia melancong ke Eropah sejak 2016.

Perjalanan bermula ketika Ibu kepada Tn.Atiq (Umi) berhijrah ke UK untuk menamatkan pengajian PHD nya. Umi membawa sekeluarga berhijrah ke UK sepanjang pengajiannya. Pada awal perancangan, tempoh berada di sana adalah selama 3 tahun, tapi rancanganNya lebih hebat. Kegagalan Umi dalam menamatkan PHD dalam tempoh 3 tahun dek kerana sifat perkauman disana memanjangkan lagi tempoh mereka sekeluarga menetap di tempat orang.

Apa yang paling membanggakan adalah pengorbanan ketua keluarga pada ketika itu, Tn.A.Suzaili yang sanggup meninggalkan jawatan tetap di sebuah syarikat terkemuka di Malaysia semata-mata untuk memberi sokongan kepada isteri tercinta. Meninggalkan sesuatu yang telah diusahakan sebahagian besar hidupnya bukan lah sesuatu yang mudah bagi kebanyakkan orang. Tetapi, demi memberi sokongan kepada si isteri, ianya adalah sesuatu keputusan yang harus dibuat.

Selepas gagal untuk mendapatkan PHD dalam tempoh yang ditetapkan, Umi mengalami dipresi dan telah diberikan MC selama tempoh 6 bulan oleh Doktor (General Practitoner). Umi dilarang sama sekali ke Universiti mahupun melihat buku kerana kondisi yang sangat dipresi. Sudah jatuh ditimpa tangga, Umi mendapat surat yang memberitahu bahawa Biasiswa yang menanggungnya salama tempoh disana telah tamat tempoh.

Bisnes pertama di UK.

Hidup sentiasa ada pilihan. Untuk meneruskan kehidupan mereka sekeluarga, Umi akan bangun seawal 4 pagi untuk memasak nasi dan lauk-pauk. Abah pula akan membantu dengan membungkuskan “Nasi berlauk” untuk dijualkan kepada pelajar-pelajar Melayu di Sheffield. Order akan diambil melalui Email pada ketika itu dan order boleh diambil seminggu selepas itu dengan harga yang lebh murah jika dibandingkan dengan makanan di sana.

Pada hujung minggu, mereka sekeluarga akan ke London untuk memborong ikan dalam jumlah yang besar. Untuk itu Abah terpaksa bangun seawal 2 pagi untuk sampai di pasar borong di London seawal jam 5 pagi.

Bermulalah mereka sebagai “Keluarga ikan, keluarga nelayan, peraih dan saudagar”.

Kerja-kerja menjual dan memotong ikan dilakukan dibelakang rumah sewa. Disitulah semua ahli keluarga memainkan peranan masing-masing untuk terus hidup di negara orang.

Sebagai manusia, jangan sangka perancangan kita adalah yang terbaik kerana yang terbaik itu hanyalah dariNya sahaja. Jangan pernah putus asa dan jangan pernah putus harapan kerana Dia sentiasa bersama hambanya.

Sentiasa bersyukur dengan apa yang diberi. Sentiasa bersyukur dengan dugaan dan nikmat.

Perjalanan belum tamat, nantikan sambungannya dalam posting kami seterusnya…