Costa Pacifica

Para pelancong yang menaiki kapal persiaran Costa Pacifica menyalahkan kapal mereka kerana berlayar ke “Negara paling teruk terjejas oleh Covid-19”

Perkara tersebut berlaku apabila kerajaan negara Perancis telah melarang sebarang kemasukan ke negara tersebut pada minggu lalu selepas isu Covid-19 di Perancis semakin membimbangkan.

Salah satu pasangan yang merupakan peserta telah memberitahu yang mereka telah tersadai di Rome Airport selama 11 jam. Itali telah mencatatkan kematian tertinggi berbanding negara-negara lain dengan 4,827 kematian.

Julia Hann dan pasangannya David memberitahu media yang mereka hanya ingin pulang ke rumah mereka di Cardiff. Mereka telah berada di atas kapal tersebut sejak 3 Mac yang lalu.

Pihak Costa memaklumkan 1,454 daripada 2,359 penumpang telah berjaya dihantar pulang, Sebanyak 905 penumpang yang lain telah dibawa ke Citivecchia, berdekatan Rome untuk mereka pulang ke negara masing-masing melalui lapangan terbang utama Itali.

Walaubagaimana pun tiada kes Covid-19 dilaporkan terjadi di atas kapal pelayaran tersebut.