Virus COVID-19 yang melanda dunia sejak hujung tahun lalu bukan sahaja telah meragut banyak nyawa malahan juga telah menyebabkan banyak industri atau perniagaan lumpuh atau terpaksa ditutup.

Perkara yang sama berlaku kepada industri pengeluaran bunga di Netherland dimana hampir 80% daripada pengeluaran bunga untuk tujuan perlancongan pada musim bunga tahun 2020 terpaksa dimusnahkan kerana tiada permintaan.

“Langkah terbaik adalah dimusnahkan” itu kata Michael Van Schie, jurucakap kepada Royal FloraHolland. Menurutnya juga, perkara ini adalah yang pertama kali berlaku sejak industri itu berkembang di Netherland sejak 100 tahun yang dulu.

Sesutau yang sangat memberi kesan kepada sebuah negara yang terkenal dengan kecantikan bunga-bunga tulip apabila langkah drastik ini terpaksa diambil.

Credit video: South China Morning Post

Untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku di negara kita, kami menyarankan semua rakyat Malaysia untuk membantu usaha kerajaan untuk menangani isu ini.