Dalam kita berseronok travel ke laur negara, faktor keselamatan ketika berada di tempat orang merupakan satu faktor yang sangat penting untuk dititik beratkan. Ramai di antara kita yang tidak ambil peduli soal keselamatan ketika travel, dan itu boleh menyebabkan jika apa-apa berlaku ketika anda travel akan menyusahkan anda untuk cari penyelesaian.

Dalam post kali ni, Mood travel ingin berkongsi kepada anda 7 Tips keselamatan yang anda boleh lakukan untuk membantu anda travel dalam keadaan yang selesa dan selamat.

1.INSURANS TRAVEL

Insurans perjalanan bertujuan untuk membantu anda dari segi kewangan jika apa-apa berlaku kepada anda atau barangan anda ketika anda sedang bercuti. Antara perkara yang mungkin berlaku kepada anda sepanjang anda bercuti termasuklah kematian, jatuh sakit, kehilangan barangan berharga, kerosakan dan lain-lain kecemasan.

Di Malaysia terdapat banyak syarikat insurans dan takaful yang menawarkan pakej-pakej perlindungan perjalanan yang bersesuaian dengan perjalanan anda.

pastikan perlindungan yang anda beli bersesuaian dengan harga yang dibayar supaya tidak berlaku kekeliruan atau salah faham ketika membuat tuntutan.

2. Perhatikan barang setiap masa.

Sangat normal jika anda travel anda akan membawa banyak barangan sama ada barangan peribadi ataupun barangan yang anda beli disana. Apa yang berkemungkinan akan berlaku adalah baranagn anda dicuri atau diambil oleh orang lain.

Untuk mengelakkan perkara seperti itu berlaku, apa yang disarankan adalah anda sentiasa mengawasi barangan anda hampir setiap masa. lebih baik jika anda simpan barang-barang di tempat yang anda yakin selamat.