kalau yang lahir tahun 80 dan 90 an, mesti korang semua membesar dengan kartun-kartun awal disney kan? siapa je tak kenal Mickey Mouse, Minie Mouse, Goofy, Donald Duck, Daisy Duck, Buzz Lightyear dan banyak lagi karakter-karakter Disney yang memang kelakar dan penuh pengajaran.

Untuk kipas-susah-mati Disney, mesti melawat Disneyland dah masuk dalam korang punya “bucket list” kan? So, dalam entry ni kami kongsikan 7 tempat yang korang wajib masuk bila dah sampai ke Disneyland nanti.


7. Phantom manor

Kalau anda yang memang nak rasa perjalanan yang menyeramkan atau “Spooky” tempat ni memang korang kena masuk. Terletak di bahagian hujung Frontierland dan dimiliki oleh pengasasnya Thunder Mesa. Penduduk di kawasan tu selalu beritahu yang tempat tu “keras” tapi sering jadi pilihan pelawat-pelawat ke Disneyland.

Kalau tak percaya korang boleh tengok kat sini…

>> https://www.youtube.com/watch?v=IC17J363DEA <<


6. Indiana Jones and the Temple of Peril

Ini bukan Indiana Jones Ride yang macam Tokyo Disneysea. Ini adalah rolloer-coster yang menarik bertemakan lombong dan kuil lama yang ditinggalkan. Kalau korang tengok movie Indiana Jones mesti korang tahu tema cerita tu macam mana. So, boleh la korang naik roller coster sambil merasai pengalaman ber”Indiana Jones”.


5. Aliceโ€™s Curious Labyrinth

Macam taman bertemakan istana Disney yang lain, tempat ni korang boleh naik ride bertemakan tea party dimana korang berpeluang bermain dalam cawan teh yang besar. Pernah tengok ke?

Taman ni juga bertemakan Movie “Alice in wonderland”. Antara permainan menarik dalam ni adalah anda boleh bermain maze yang besar yang terdapat banyak patung-patung karakter dalam cerita tersebut.

Ada peminat Alice in wonderland ke kat sini? cuba komen kat bawah ni.


4. Big Thunder Mountain

Nampak macam sama dengan Indiana jones tadi kan? sebenarnya tak sama. Roller coster lebih mencabar, menarik dan ganas.

Bertemakan kawasan pergunungan berbatu-batu, roller coster ni merupakan antara yang tercantik yang anda boleh dapati di dalam Disneyland Paris nanti.


3. RC Racer

Kalau korang tengok cerita Toy Story korang mesti kenal watak RC. RC adalah sebuah kereta mainan yang ada track sendiri berwarna oren.

Jadi, permainan RC racer dalam disneyland ni adalah anda akan berpengalaman menaiki RC di dalam track nya. Untuk peringatan, permainan ini adalah untuk dewasa sahaja.

Ketinggian track tersebut adalah dalam 25M ataupun 85 kaki. Kalau anda pernah naik bot yang ulang-alik di funfair, permainan RC ni tak jauh bezanyanya. Cuma, lebih tinggi dan mencabar.


2. Hyperspace Mountain

Pada tahun 1995, apabila “Space Mountain: From earth to the moon” dibuka, ia digelar “The greatest ride in galaxy”. Kalau anda pernah lihati Space Mountain di taman Disney yang lain, anda kena tahu yang versi Paris tidak seperti itu. Di Paris, pengalamannya lebih seronok dan mencabar. Pada pembukaannya, perjalanan menampilkan perjalanan ke bulan, dalam kapal yang digerakkan oleh meriam besar .


1. Pirates of the Caribbean

Sila munculkan diri kepada semua peminat Captain Jack Sparrow. Kalau sebut Movie Pirates of the Caribbean mesti semua pernah tengok dan siapa je tak minat movie tu kan?

Jom belayar dengan captain Jack Sparrow. Taman tema ni adalah yang terbaik dan tercantik pernah dibina dan sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Bila anda berada dalam ni, anda akan merasai sendiri bagaimana rasanya menjadi lanun-lanun macam dalam cerita Pirates of the carribean.

Dah sedia ke semua untuk masuk dalam ni?