Apabila memikirkan tentang aktiviti yang boleh dilakukan ketika melawat negara-negara di Eropah, pasti anda teringat akan aktiviti yang cliché yang selalu pelancong lakukan.

Harini, kami akan tunjukkan bagaimana anda boleh menikmati musim panas gaya rakyat tempatan di beberapa negara Eropah yang daripada santai, tidak ekstreme, dan semestinya tidak meletihkan supaya anda dapat menikmati percutian anda secara relaks kepada aktiviti ‘adventurous’ yang pastinya sesuai bagi ‘adrenaline junkie’ yang pastinya mindblowing!

Aktiviti-aktivit ini juga akan membuatkan anda menikmati kecantikan luar biasa negara Eropah yang pastinya penuh emosi dan juga penuh ‘magical’.

PERCUTIAN MUSIM PANAS DI EROPAH: APA YANG MENARIKNYA?

1. Menaiki bot fjord menyusuri perairan Flam di Oslo, Norway

Mulakan pengembaraan anda dengan menyusuri perairan Flam dengan menaiki feri atau fjord di Oslo. Berlatar belakangkan bukit yang menghijau dan juga gunung alps yang penuh dengan salji, yang terlihat dari jauh pasti memberikan anda pengalaman yang tidak terhingga.

Lagi-lagi jika anda sudah terbiasa dengan kesibukan hidup di bandar, dengan bangunan tinggi yang boleh dikatakan mensesakkan jiwa, pelayaran fjord ini pasti untuk anda.

Bukan itu sahaja, sebelum sampai di Flam, anda akan menaiki keretapi sepanjang Flam Railway. Dan percayalah jika anda akan mempersona dengan pemandangan sepanjang berada di atas keretapi tersebut. 

Dengan udaranya yang amat bersih dan segar, menaiki fjord di Flam akan menjadi satu pengalaman yang menakjubkan, dan juga yang pastinya amat menenangkan jiwa.

2.Menyertai aktiviti ekstreme di Grindewald, Switzerland

Grindelwald amat popular dengan aktiviti mendaki gunung-gunung pada musim panas, namun ada juga aktiviti-aktiviti outdoor ekstreme yang pastinya lebih indah jika dilakukan ketika di Switzerland pada musim panas kerana anda pasti tidak percaya dengan pemandangan ini yang seperti berada didalam lukisan!

Antara aktiviti-aktiviti yang bakal menguji adrenalin anda ialah:

Menaiki toboggan di Pfingstegg yang terletak di Grindewald. Tobboggan ialah satu kenderaan kecil seperti gokart yang mengelongsor sepanjang kaki bukit di Pfinstegg.

Disajikan dengan pemandangan yang amat menakjubkan, dikelilingi bukit hijau, dan bunga-bungaan disekelilingnya, anda pasti tidak akan lupa akan pengalaman ini.

Bungee jumping paling menyeramkan di dunia. Grindelwald Canyon Swing bukanlah untuk sesiapa yang lemah jantung ya.

Selepas memakai harness dan diikat dengan tali keselamatan, anda akan terjun diantara Canyon tersebut sedalam 90 meter dengan kelajuan mencecah 120km/jam!Sesuai untuk sesiapa yang mahu merasakan adrenaline shot.

Terapung di awangan dengan parachute. Jika anda minat untuk melihat pemandangan Gridelwald dengan lebih lagi, anda boleh cuba menaiki paying terjun dan menikmati pemandangan dari atas langit.

3.Menaiki sampan di Pliva Lake, Bosnia & Hercegovina

Pernah anda berangan ingin menaiki sampan dengan yang tercinta ketika berada diatas tasik paling cantik di dunia? Ini lah masanya!

Terletak beberapa kilometre dari Jajce, terdapat Great Pliva dan Small Pliva Lakes. Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi yang anda boleh lakukan disini lagi-lagi ketika musim panas seperti memancing, berkayak, bermain kanu, berenang, dan juga menaiki basikal mengelilingi tasik ini.

Dengan cuaca yang suam dan angin meniup sepoi-sepoi bahasa, tasik ini amat sesuai untuk aktiviti keluarga yang santai seperti berbarbeku dan piknik di tepi tasik dan juga jika mahu yang romantic dengan pasangan anda, cubalah berpiknik di atas sampan ditengah-tengah tasik Pliva ini.

Bukan itu sahaja, jika anda ingin berjalan-jalan menikmati suasana yang nyaman, anda boleh ke air terjun yang ada di Pliva Lake ini.

Bukan sahaja pemandangan alam semula jadi yang menjadi tarikan disini, bangunan-bangunan disini juga amat menarik sekali kerana ianya berkonsepkan old town yang pasti membuatkan anda hilang ingatan terhadap kota Kuala Lumpur yang jauh lebih moden daripada Bosnia!

4.Menunggang vespa di sekitar bandar Rome, Italy

Jika ada kesempatan anda untuk menjejakkan kaki di bandar Rome yang penuh dengan kejutan budaya daripada moden kepada kuno ini, anda wajib menyertai Vespa Tour.

Anda boleh sewa vespa yang berada di sekitar bandar Rome dan menjelajah sekitar bandar Rome menaiki vespa tersebut. Jika anda menyewa vespa disini, anda boleh melawat tempat-tempat menarik tourist spot di Rome ini dengan sendiri secara bebasnya.

Anda boleh juga menikmati pemandangan di Rome dengan yang tersayang ketika menuggang vespa. Wah, romantiknya!

Credit: https://www.thehideawaysclub.com

5.Menjelajah old town Kotor, Montenegro

Khas buat peminat pelancongan budaya, kerana bandar Kotor ini amat menarik sekali dengan konsep old town zaman Venetian, bandar ini kaya dengan sejarah dan bangunan-bangunan lama.

Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti musim panas disini kerana pergerakan anda tidak terbatas.

Salah satunya ialah memanjat San Giovanni Fortress untuk melihat pemandangan Bay of Kotor yang cukup indah dengan laut birunya, bumbung bangunan lamanya yang berwarna oren, dan juga pantainya yang penuh dengan payung warna-warni bersusun sepanjang bibir pantai.

Anda juga boleh melawat muzium kucing buat pecinta si manja berbulu, dan juga melawat St. Nicholas’ Church yang terkenal dengan lukisan antiknya.

Pokok kata, Montenegro amat sesuai untuk percutian budaya yang penuh dengan sejarah dan sesuai ketika di musim panas.

Percutian musim panas kadang kala susah untuk dirancang kerana dengan cuaca yang teriknya, pasti anda tidak mahu melakukan aktiviti yang memenatkan mahupun yang memerlukan anda berada diluar dalam jangka masa yang lama.

namun percayalah, anda tidak mahu lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti-aktiviti didalam artikel ini yang akan membuatkan percutian musim panas Eropah anda satu pengalaman yang tak dapat anda lupakan!