Kalau tanya kaki travel, musim panas merupakan musim yang seronok untuk travel ke Eropah. Selain seronok travel bercuti, musim panas juga amat memudahkan untuk kaki travel sebab tak perlu bawa baju yang banyak dan besar-besar seperti baju sejuk.

Tapi, itu bukanlah point yang saya nak highlight dalam posting ni. Ada beberapa sebab kenapa musim panas jadi pilihan kaki travel untuk melancong.

1.Waktu siang lebih panjang

Apabila tiba musim panas (Summer), kebiasaanya waktu siang akan jadi lebih panjang (Lebih kurang 16 jam). Apa bestnya?

Kita akan dapat lebih abnyak masa untuk melawat tempat-tempat disana. Bayangkan jika waktu malam leboh panjang, tidak banyak tempat anda akan sempat bergambar kerana gelapnya pada waktu malam. Jadi susah untuk dapatkan pemandangan-pemandangan yang cantik.

Sebab tu ramai kaki travel lebih suka melancong pada summer untuk gambar-gambar yang lebih ohsem!

2.Banyak aktiviti menarik.

Waktu musim panas merupakan musim yang sangat ditunggu-tunggu oleh orang-orang di sana. Kebiasaannya waktu musim panas adalah waktu cuti untuk pelajar dan pekerja disana.

Kebiasaanya mereka akan gemar untuk melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti berkelah, berbasikal, berjalan dan bbanyak lagi aktiviti. jadi, inilah masa untuk kita merasai sendiri aktiviti musim panas yang selalu mereka lakukan.

Aktiviti apa yang disarankan?

  1. “Canal tour” di Amsteram, Netherland.
  2. “Summer skiing” di Saas Fee, Switzeland.
  3. Menikmati keindahan pantai di Nice, France.
  4. Menaiki skuter di Italy.
  5. Hot air ballon di Turkey.

3.Pemandangan lebih jelas dan cantik.

Berbanding musim lain, pemandangan sewaktu musim panas adalah lebih cantik kerana kita akan dapat lihat pemandangan yang asli.

Sebagai contoh, kalau sewaktu musim sejuk kebanyakkan pemandangan akan dilitupi dengan salji dan menyebabkan kebanyakkan pemandangan hanya warna putih dan jarang anda akan nampak pokok-pokok menghijau.

Pada musim Luruh pula, kebanyakkan pokok tiada daun dan pemandangan hanya warna daun-daun kering.

Jadi untuk pemandangan yang terbaik adalah pada musim panas.

Anda dah plan ke nak kemana musim panas ni nanti?