Tidak disangkal lagi, London pasti menjadi tumpuan utama bagi para pelancong sebagai destinasi percutian ketika melancong ke Eropah. London ni wajib pegi tau!

London ialah bandar Eropah yang menjadi magnet yang menarik 27 juta pengunjung pada setiap tahun, dan telah menjadi bandar paling kerap dikunjungi di Eropah.

Tidak hairanlah kenapa kota yang dikembangkan oleh orang Rom ini menjadi top list di dalam rancangan melancong orang ramai.

Hari ini, London ialah salah satu bandar yang paling pelbagai di dunia, yang kaya dengan sejarah dan budaya campuran yang sangat menarik untuk diterokai.

Bandar London ini terbahagi kepada empat kawasan, Utara, Timur, Selatan dan Barat London, serta pusat komersial dan pelancongan di Central London – setiap daerah mempunyai kawasan pelancongan yang dikenali. Pasti ada sahaja untuk dilihat dan dilakukan di London.

Dengan tarikan seni, hiburan, membeli-belah, makanan dan juga antara sejarah terbaik di dunia, mustahil untuk menjadi bosan di London.

Jom ‘explore’ apa yang menarik di London ni dan jangan lupa juga ya baca persediaan yang perlu di lakukan sebelum melancong ke Eropah di sini.

1. London Eye

Percutian anda pasti tidak lengkap jika tidak melawati London Eye ni. London Eye ialah ferris wheel gergasi yang bergerak dan mensajikan pemandangan seluruh bandar London yang amat menakjubkan. Pada waktu malam, lampu-lampu yang mengelilingi London Eye ini akan menyala mengikut warna musim.

Dengan pergerakannya yang perlahan, mengelilingi bulatan ferris wheel ini, anda pasti terpana ketika menyaksikan pemandangan sekitar bandar London yang klasik ini.

Lagi menarik jika anda datang ketika malam tahun baru, kerana disinilah spot yang terbaik untuk melihat bunga api!

Boleh rujuk di sini untuk maklumat lebih lanjut tentang London Eye: https://www.londoneye.com/

(Source: Conde Nast Traveler)

2. Melawat Oxford Street ketika melancong ke Eropah

Bukan sahaja menjadi kegemaran para pelancong wanita dan penggemar barangan berjenama tinggi, tetapi ianya juga menjadi spot kegemaran bagi pelancong yang menyukai bandar-bandar lama kerana reka bentuk bangunan di seluruh Oxford Street ni sangat unik dan bersejarah.

Oxford Street telah menjadi pusat membeli-belah paling sibuk dan juga paling terkenal di dunia dengan 300 buah kedai berjenama yang dilawat oleh setengah juta pelawat setiap hari. Wow!

Bukan sahaja sesuai untuk yang suka membeli belah. Yang nak menyajikan pandangan pun boleh tau, Kerana kedai Selfridges sering memaparkan paparan digital berwarna warni yang di reka khas setiap musim oleh artis-artis terkenal.

Waktu yang paling menarik untuk mengunjungi Oxford Street ialah pada musim Krismas kerana waktu ini sepanjang Oxford Street dibanjiri dengan lampu-lampu Krismas yang sangat menggamit memori!

Tak perlu nak ke Disneyland pun untuk mengalami Winter Wonderland!

(Source: Wikipedia)

3. Buckingham Palace

Terasa nak jadi kerabat diraja pula bila dah sampai Buckingham Palace ni. Apa lagi, jom join tour di dalam istana Buckingham ni.

Anda boleh menikmati kekayaan sejarah istana ini dan juga serba sedikit kehidupan diraja.

Istana ini telah menjadi kediaman British Royal Family sejak tahun 1837 dan mempunyai 775 buah bilik serta taman private yang paling besar di London.

Jika anda tidak mahu mengikuti tour ke dalam istana, anda juga boleh bersiar-siar di Green Park, yang dikelilingi oleh tanaman bunga yang amat menarik perhatian, dan pastilah Instagrammable.

Waktu paling cun untuk kesini ialah pada waktu musim bunga kerana seluruh taman Green Park akan dipenuhi dengan pelbagai bunga-bunga yang semestinya menyegarkan udara.

Sesuai untuk melarikan diri dari kehidupan bandar yang sibuk!

(Source: GetYourGuide)

4. Tower Bridge

Untuk penggemar seni arkitektural, Tower Bridge ialah tempat yang sesuai untuk tenggelam ke dalam seni mercu tanda bandar London yang popular ini.

Anda pasti akan merasakan yang anda telah ‘time travel’ ke zaman Victorian yang menceritakan tentang sejarah mercu tanda yang megah ini.

Anda boleh menyertai tour kedalam Tower Bridge ini yang akan memberikan anda pengetahuan tentang cara Tower Bridge ini beroperasi dan anda juga boleh berjalan ke kawasan ‘glass floor’ dan menyaksikan kemegahan bandar London dari tempat tinggi!

Tips untuk memilih waktu melawat ialah, pilih waktu yang terakhir (5:00pm) kerana anda boleh menyaksikan pemandangan matahari terbenam paling menakjubkan!

(source: Musement)

5. Tower of London

Tower of London pada asalnya ialah kubu pertahanan milik tentera diraja yang berusia 1000 tahun dan telah dinobatkan sebagai World Heritage Site. Anda boleh menikmati pelbagai pakej tour yang dianjurkan disini.

Salah satunya ialah tour untuk melihat koleksi mahkota dan barang kemas diraja yang bergemerlapan.

Selain itu anda juga boleh menyertai Yeoman Warder tour yang menjanjikan pengalaman kehidupan zaman 1000 tahun lepas dengan hiburan daripada pelakon-pelakon yang melakonkan semula babak-babak bersejarah yang terjadi didalam Tower of London ini.

Menariknya! Dinasihatkan jika ingin menyertai tour ini, anda bolehlah merancang ketika waktu cuaca yang tidak hujan kerana tour ini akan dibatalkan pada hari hujan.

(Source: The Telegraph)
6. Big Ben

Antara mercu tanda popular yang lain di London ialah semestinya Big Ben yang ikonik ini. Nama sebenar menara jam ini ialah The House of Parliament and Elizabeth Tower.

Menara ini dipanggil Big Ben kerana loceng jamnya yang besar yang dengan berat 13 tan (13,760kg). Big Ben ini juga ialah sebahagian daripada Palace of Westminster.

Waktu malam ialah waktu paling magikal untuk melawati Big Ben kerana muka jamnya bergemerlapan dengan lampu yang berkelip.

(Source: Flickr

7. Palace of Westminster

Palace of Westminster ini ialah salah satu bangunan paling ikonik dalam dunia yang kaya dengan sejarah budaya.

Terkenal dengan reka bentuk Gothic, bangunan ini  menjadi bangunan parlimen di London yang secara asalnya ialah istana yang didiami oleh kerabat diraja William the Conqueror dan juga ialah ibu pejabat kepada Parlimen sejak tahun 1512.

Istana inilah yang menghubungkan Big Ben dan juga bahagian istana yang lain, namun anda hanya boleh melawat dalam kawasan istana ini pada hari Sabtu bulan Julai dan Ogos sahaja.

8. Hyde Park

Hyde Park ialah taman paling popular di London dan salah satu taman terbesar.

Taman ini menjadi tapak bersejarah yang telah banyak menyaksikan perarakan demostrasi dan protest oleh Suffragettes.

Taman ini juga penuh dengan penghibur jalanan pada setiap hari minggu, menjadikan ianya satu tempat untuk beristirehat, yang paling tenang seperti piknik dan juga menaiki bot menyusuri sungai sepanjang taman ini.

Source: Shutterstock

9. Platform 9 ¾

Hello? Potterhead sekalian, mana boleh tak masukkan Platform 9 ¾ dalam senarai melawat anda! Wajib pergi okay!

Terletak di Stesen Keretapi King Cross yang menjadi tempat paling sibuk di London. Tempat ini terkenal hanya kerana satu perkara, iaitu Platform 9 ¾ yang menjadi portal ke alam ajaib Harry Potter.

Anda boleh menangkap gambar sambil bergaya dengan troli seperti hendak menuju ke Hogwarts Express. Bestnya!

Source: Shutterstock

10. Shoreditch

Shoreditch ialah satu kawasan yang paling trendy dan moden di London. Disini terdapat pelbagai kedai yang menarik termasuklah hotel-hotel butik yang sangat Instagrammable.

Shoreditch juga penuh dengan restoran dan kafe yang trendi sebagai tempat hangout tidak kira waktu siang ataupun malam.

Antara kafe dan restoran yang menarik disini ialah Trapeze, bar yang bertemakan sarkas, dan Far Rockaway pula restoran untuk penggemar pop culture diluar sana yang minat akan buku komik, dan poster zaman 90 an. 

Source: Shutterstock

11. Thames cruise

Sungai Thames ialah sungai terpanjang di England yang menghubungkan North Sea dihujungnya,

Jika anda ingin menikmati waktu romantic dengan yang tersayang, anda boleh menyertai pelayaran didalam bot mewah yang menyusuri sepanjang sungai Thames selama 30 minit.

Cuba bayangkan anda berlayar ketika waktu malam dan anda boleh menikmati limpahan kerlipan lampu-lampu malam serta dihidangkan makanan dan minuman oleh pelayan didalam bot tersebut. Wah, romantisnya!

(Source: virgin experience days)

12. Baker street

Salah satu pusat kebudayaan di London ini ialah Baker  Street yang terkenal dengan tempat tinggal detektif yang paling popular di dalam dunia iaitu Sherlock Holmes.

Muzium Madame Tussauds juga terletak di sekitar Baker Street ini yang terkenal dengan patung wax selebriti antarabangsa.

Anda bolehlah melepaskan hajat bergambar dengan selebriti kesukaan anda.

Kawasan di Baker Street ini amat cantik dan boleh menjadi spot untuk anda ber’ootd’ dengan bff anda untuk dimuat naik ke laman Instagram nanti!

(Source: Traveloka.com)

13. Bricklane

Bricklane ialah satu kawasan kejiranan yang popular dengan komuniti Islam disini.

Juga terdapat bermacam restoran halal, Bricklane menjadi tempat paling sesuai untuk pelancong Asia Tenggara yang rindu dengan makanan di tanah air, Bricklane ini menjadi hub budaya Asia Tenggara, lebih-lebih lagi komuniti Bangladeshi yang besar disini.

Tempat makan disini, pheww, jangan cakap la. Penuh dengan selera Asia Tenggar termasuklah restoran makanan Malaysia tau.

Bricklane juga penuh dengan mural jalanan warna warni yang sudah semestinya menempa tempat didalam feed Instagram anda.

Anda juga boleh melawat Whitechapel Gallery yang memaparkan banyak seni-seni menarik.

(Source: Shutterstock)

14. Galeri Seni di London

London adalah bandar yang ideal untuk pecinta seni yang penuh dengan galeri seni untuk dikunjungi yang menampilkan seni klasik dan kontemporari yang terbaik.

Jadi rugilah jika anda tidak melawat galeri seni disini yang mempamerkan pelbagai hasil tangan kreatif artis yang popular.

Kebanyakan galeri di bandar ini bebas untuk dikunjungi dan juga percuma termasuklah Galeri Nasional di Trafalgar Square.

Galeri Nasional ini juga mempamerkan seni oleh pelukis popular didunia seperti Leonardo Da Vinci, Turner, Van Gogh dan juga Rembrandt.

Untuk seni moden pula, anda boleh lawati Tate Modern di Southbank. Bangunan galeri itu sendiri ialah satu seni yang terjulang di London.

Di galeri ini anda boleh melihat hasil tangan daripada Picasso, Klee, dan juga Delauney.

(Source: Shutterstock)

Tak sabarkan nak lawat semua tempat menarik di London, jangan lupa take note dan buat preparation awal untuk melancong ke Eropah. Semua tempat ini wajib pergi atleast sekali seumur hidup. Tempat semua ini adalah tumpuan utama pelancong dari seluruh pelusuk dunia, rugi kalau tak lawat tempat ni ketika melancong ke Eropah.